Apa sahaja yang disembah melainkan Allah, semuanya adalah berhala walaupun apa jua nama dan penafian mahupun justifikasi mereka. Malahan Allah Subhana Wa Ta’ala mengatakan penyembah berhala itu berdusta!
.
Berdusta kerana berhala yang disembah itu ciptaan & bukannya Pencipta yang mampu memberikan manfaat mahupun kemudaratan. Bersyukurlah dengan nikmat dariNya dengan hanya menyembah Allah bukan berhala yang tidak berkuasa untuk menghalau walaupun lalat yang hinggap di berhala itu!
.
Sembahlah hanya Allah, Tuhan Yang Esa, InshaAllah kita selamat.